Wednesday 13 March 2013

Kepimpinan Instruksional




 

Setiap hujung minggu aku ride dengan geng ke Awana

Kepimpinan Instruksional

Peranan utama kepimpinan sekolah adalah sebagai Pemimpin Instruksional yang memastikan guru mengajar dan pelajar belajar secara berkesan. Oleh kerana itu pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kurikulum. Pemimpin Instruksional perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan keperibadian tinggi pelajarnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kepimpinan Instruksional Model Hallinger mengandungi 11 elemen yang boleh dikategorikan di bawah tiga aspek.

Aspek I : Mendefinisikan Misi Sekolah

1. Merangka matlamat sekolah

2. Menyampaikan maklumat sekolah

Aspek II : Mengurus Program Instruksional

3. Penyeliaan dan penilaian instruksi

4. Menyelaras kurikulum

5. Memantau kemajuan pelajar

Aspek III : Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

6. Melindungi waktu P&P

7. Membudayakan perkembangan profesional

8. Mengekalkan ketampakan

9. Menyediakan ganjaran kepada guru

10.Penguatkuasaan standard akademik

11.Menyediakan insentif kepada pelajar





 


















No comments:

Post a Comment